Thursday, January 23, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » TIPS MENGATASI TUMIT KAKI PECAH

TIPS MENGATASI TUMIT KAKI PECAH

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tumit kaki pecah. Umumnya, kerana kulit kering di sekitar pergelangan kaki bahagian belakang hingga ke tumit.

Masalah tapak kaki pecah tidak hanya mengganggu penampilan, masalah ini juga kadang2 menyebabkan kaki sakit kerana melecet.



Untuk mengatasi tumit kaki pecah, ada beberapa tips :


1.)  Waktu terbaik untuk mencuci kaki adalah sebelum tidur, kerana kaki akan berehat dan tidak terkena debu.

2.)  Rendam kaki dalam air suam selama 10 minit, gosok secara perlahan2. Boleh juga di campur dengan sedikit garam.Cara ini akan menyingkirkan sel kulit mati dan menjaga kulit tetap lembut dan sehat. Setelah itu, cuci kaki dengan sabun berformula lembut.

3.)  Setelah mencuci kaki, keringkan dengan menggunakan tuala bersih. Kaki yang lembab akan menyebabkan kuman berada di dalam celah retakan tumit.

4.)  Setelah kering, sapukan krim khusus untuk kaki (byk di jual di pasaran).

5.)  Jangan memakai kasut yang terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan tumit retak atau pecah semakin teruk dan tumit akan luka. Jika berat badan anda berlebihan, elakkan dari memakai kasut tumit tinggi.

6.)  Ketika di rumah, pakai sandal atau selipar untuk mencegah tumit yang pecah terkena debu2 di lantai.



No comments:

Post a Comment